Saturday, July 7, 2007

Nurul Ilie Farhana Nasharuddin


PMR 2006 ( 8A)
Pelajar Titian Cahaya mulai Ting 1 2004.
Bersekolah Di SMK Taman Melati KL.

Nurul Ilie Farhana diperkenalkan kepada Pusat Tuisyen Titian Cahaya oleh jiran rumahnya. Semenjak belajar di Titian Cahaya, keputusan peperiksaannya telah meningkat cemerlang. Walaupun jarak rumah dengan pusat tuisyen agak jauh tetapi NurulIlie Farhana masih ingin meneruskan pengajiannya di Titian Cahaya kerana beliau yakin dengan tunjuk ajar guru-guru di Titian Cahaya.

Sekarang ini beliau masih belajar di Titian Cahaya dalam pakej Tingkatan 4 dan pencapaian peperiksaan pertengahan tahunnya adalah cemerlang iaitu 9A dan 1B. Beliau berazam ingin memperolehi keputusan SPM 10AI dan berharap untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan.

Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, Nurul Ilie Farhana menggabungkan pemahaman pelajaran di sekolah, Titian Cahaya dan usaha yang berterusan secara persendirian dan study group.

Tahniah Nurul Ilie Farhana.

Kami berbangga memiliki anda di Titian Cahaya.

Sunday, June 24, 2007

Muhammad Irfan Shahinuddin


PMR 2000 (8A)
SPM 2002 (7A1)

Pelajar SM Taman Melawati KL.
(Pelajar Titian Cahaya mulai 2000 hingga 2002)


Sekarang berada di tahun 3
Bachelor In Mechanical Engineering (Hons)
Universiti Tenaga Nasional.

Friday, June 22, 2007

NAN NAIMAH LONG AHMAD BURHANUDDIN


SPM 2005 (9A)

Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 5 Wangsa Maju KL.
Melanjutkan pelajaran dalam bidang Actuari Sains di Universiti Malaya dengan tajaan PNB.

SYAZA FARHANA MOHD SHUKRI


SPM 2006 ( 10A1 )
PMR 2004 ( 8A )

PELAJAR SEKOLAH MENEGAH SRI KERAMAT
(pelajar Titian Cahaya sejak Tingkatan 1 hingga tingkatan 5)

Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang Sains Social dengan tajaan JPA.

Sepanjang lima tahun saya berada di sekolah menengah, saya mengaku bahawa mungkin sukar untuk saya berjaya jika tidak kerana bantuan guru-guru di pusat Tuisyen Titian Cahaya. Sejak di tingkatan satu lagi iaitu sebanyak tiga malam seminggu saya mengikuti kelas di Titian Cahaya sehinggalah akhirnya empat kali seminggu semasa di tingkatan 5.

Bagi saya walaupun guru-guru di sekolah adalah bagus namun saya masih memerlukan kelas tuisyen agar pembelajaran saya dapat didisiplinkan.Titian Cahaya menjadi pilihan di hati kerana guru-guru nya yang berkelibar dan berpengalaman dalam pelajaran yang mereka ajar. Selain dari itu nota-nota yang dibekalkan banyak membantu saya.

Semua guru di Titian Cahaya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. "The Two Zul's" merupakan guru saya semenjak di tingkatan satu. Cara cikgu Zulkifli mengajar Bahasa Melayu bergitu jelas sehingga saya berjaya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu SPM. Pengajaran cikgu Zulhasnan sangat ceria dengan lawak jenakanya. Tidak lupa juga cikgu Noor yang saya "tabik spring" kerana telah mengambil pelbagai inisiatif supaya kami pelajar dapat belajar dengan selesa dan berkesan.

Kesimpulannya , cikgu-cikgu di TITIAN CAHAYA telah banyak membantu saya sehingga saya mendapat 8A untuk PMR dan 10A1 untuk SPM saya.

TERIMA KASIH TITIAN CAHAYA.

SYAZWANI RAHIM



MENDAPAT SPM 2005 (10A1)
Pelajar Sekolah Menengah Taman Melawati, KL.
Pelajar Titian Cahaya .

Sedang melanjutkan pelajaran di INTEC SHAH ALAM bagi persediaan ke Irland dalam bidang perubatan dengan tajaan JPA.

Sudah menjadi lumrah seorang manusia untuk mempunyai impian.Bagi saya,impian saya adalah untuk berjaya dalam kehidupan.Demi mencapai kejayaan tersebut,langkah pertama yang saya lakukan adalah dengan menuntut ilmu.Segalanya bermula ketika saya berada di sekolah menengah.Mungkin bagi segelintir, mereka tidak memerlukan kelas tuisyen dan seumpanya.

Saya mula menyertai Pusat Tuisyen titian cahaya pada tahun 2003[ting. 3].Titian cahaya merupakan suatu medium di mana saya memantapkan lagi akademik saya.Gabungan pelajaran yang saya perolehi daripada sekolah dan titian cahaya membina semangat dan keyakinan diri saya untuk terus mencapai kemerlangan.

Tidak dpt dinafikan lagi,tittian cahaya dibarisi oleh tenaga-tenaga pelajar yang berdedikasi dan berpengalaman luas dlm bidang pendidikan bagi menjamin kecemerlangan para pelajarnya.
Di sini saya memberi kredit kepada cekgu Zul yang banyak membantu saya dlm mata pelajaran bahasa melayu.Teknik-teknik dan nasihat2 yg diberi amat berkesan.Tidak dilupakan juga kepada cikgu-cikgu yang mengajar mata pelajaran major seperti Pn Nor yang byk membantu say dlm subjek kimia.Terima kasih atas bantuan cikgu dan terima kasih kerana rajin melayan say yang byk dgn soaln. ^_^. Sebagai seorang pelajar yang mengimpikan bidang perubatan,subjek biologi memainkan peranan penting.Di titian cahaya saya berkesempatan menjadi pelajar kepada Pn Jamaliah yang mengajar subjek biologi dengn penuh semangat.

Berbekalkan informasi2 terbaru dr titian cahaya dan sekolah saya merasakan diri saya mempunyai 'combo' ilmu yg cukup untuk mencapai kejayaan.

Secara kesimpulannya,Pusat Tuisyen Titian Cahaya merupakan sebuah pusat tuisyen yang akan menjamin kecemerlangan seseorang.

TERIMA KASIH saya ucapkan kepada semue para pengajar di titian cahaya.

NAN AISYAH LONG AHMAD BURHANUDDIN



SPM 2004 (10A)
PMR 2002 (8A)

Pelajar Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 5 KL.

Melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di Universitas Gadjamada Yogjakarta dengan tajaan JPA.

Tuesday, June 19, 2007

SPM 2006


Muhammad Akmal M. Hanapi (11A)
Nur Hazwani Laidin (11A)
Mohd Zuhairi Mohd Zubir (10A)
Syaza Farhana Mohd Shukri (10A)
Nazatul hana M.Nawawi (10A)
Nik Alyana Syakirin Nik Amri (10A)
Ili Halim (9A)
Qurratul Aini Mohamad Idris (9A)
Liew Jian Ping (9A)
Chin Chun How (8A)
Muhammad Afiq Jaafar (8A)
Muhammad Saiful Asyraf Marzuki (7A)
Nurhuda Mohd Kamil (7A)
Nur Farhana Noordin (7A)
Nurul Azeera Hasnan (7A)
Tun Shafiqah Tun Abd Majid (7A)
Muhammad Azinuddin Nas Tamimi (7A)
Nur Atiqah Ghazali (6A)
Siti Khadijah Shahriman (6A)
Syafiqah Ayub (6A)
Nur Nadia Mohd Saidi (5A)
Hafizah Ahmad Khairuddin (5A)
Zati Amni @ Farhana Ismahadi (5A)
Nurul Hannah Yasir (5A)
Nur Hamizah Mohd Matmoor (4A)
Noramizah Mohd Kasim (4A)
Muhammad Iqbal Zaihi (4A)
Mohd Ammar Naris (4A)
Ili Athirah Che Mohd Radzi (4A)