
SPM 2006 ( 10A1 )
PMR 2004 ( 8A )
PELAJAR SEKOLAH MENEGAH SRI KERAMAT
(pelajar Titian Cahaya sejak Tingkatan 1 hingga tingkatan 5)
Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang Sains Social dengan tajaan JPA.
Sepanjang lima tahun saya berada di sekolah menengah, saya mengaku bahawa mungkin sukar untuk saya berjaya jika tidak kerana bantuan guru-guru di pusat Tuisyen Titian Cahaya. Sejak di tingkatan satu lagi iaitu sebanyak tiga malam seminggu saya mengikuti kelas di Titian Cahaya sehinggalah akhirnya empat kali seminggu semasa di tingkatan 5.
Bagi saya walaupun guru-guru di sekolah adalah bagus namun saya masih memerlukan kelas tuisyen agar pembelajaran saya dapat didisiplinkan.Titian Cahaya menjadi pilihan di hati kerana guru-guru nya yang berkelibar dan berpengalaman dalam pelajaran yang mereka ajar. Selain dari itu nota-nota yang dibekalkan banyak membantu saya.
Semua guru di Titian Cahaya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. "The Two Zul's" merupakan guru saya semenjak di tingkatan satu. Cara cikgu Zulkifli mengajar Bahasa Melayu bergitu jelas sehingga saya berjaya mendapat A1 dalam Bahasa Melayu SPM. Pengajaran cikgu Zulhasnan sangat ceria dengan lawak jenakanya. Tidak lupa juga cikgu Noor yang saya "tabik spring" kerana telah mengambil pelbagai inisiatif supaya kami pelajar dapat belajar dengan selesa dan berkesan.
Kesimpulannya , cikgu-cikgu di TITIAN CAHAYA telah banyak membantu saya sehingga saya mendapat 8A untuk PMR dan 10A1 untuk SPM saya.
TERIMA KASIH TITIAN CAHAYA.
1 comment:
sape cun ni cikgu? :p hahaha.
-Syaza-
Post a Comment